Saturday 9 June 2012

NIZAR TOLONG KOMEN? KALAU ANDA JANTAN?


Inilah kereta yang digunakan oleh Tuanku untuk didaftarkan dengan No Plat WWW1. Tetapi berbeza dengan rakan semangkuk jamban Tok Nizar, Lim Gua Egg meletakkan No Plat yang tidak diketahui umum berapa nilainya. Lihat di bawah, Jangan terkejut#



Berapa harga No Plat kereta dia ? Itulah yang sedang difikirkan oleh Pak Cik di atas. No Plat P1 dengan kereta buatan Mercedez. Inilah contoh pemimpin yang katanya besederhana dan dihormati oleh puak-puak PAS. Nanti dulu, belum habis lagi. Bukan satu kereta dan No Plat nya tetapi lebih dari satu#




Ini pula kereta kedua dengan No Plat PG1 dengan kereta jenama yang sama. Kalau diterbalikkan PG1 akan menjadi P1G. Gambar ini diambil sempena Majlis Free Wifi yang diadakan di Kampung Korok. BO CABAR KETUA MENTERI P.PINANG INI NYATAKAN NILAI HARGA NO. PLAT KEDUA-DUA KERETA INI!!


*BO bangga Tuanku pakai Kereta Gen-2 Buatan tempatan dan yang lagi menarik kereta tersebut warna Oren#









NIZAR TAK NYENYAK TIDUR DENGAN DERHAKA YANG SILAM


Ampun Tuanku, harap kenyataan ini tidak menganggu Tuanku. Mesej yang jelas ingin disampaikan oleh Tuanku terhadap nilai No Plat dan Nilai Kereta Tempatan. Walaupun, harga No. Plat bernilai RM520k tetapi bila ia diletakkan di kereta keluaran tempatan dengan harga tidak sampai RM100k menunjukkan Tuanku amat memandang tinggi nilai ciptaan dan rekabentuk dari air tangan anak tempatan. Berbeza dengan Tok Nizar yang begitu memenadang hina pada ciptaan tempatan dan institusi Raja Melayu. BO masih ingat, apabila PR berjaya memerintah Perak dan Menteri Besar adalah Tok Nizar, perkara pertama yang ditukar adalah kereta Exco Negeri daripada buatan Proton kepada buatan Toyota. Alasannya, lagi menjimatkan wang untuk servis dan mencari alat ganti. Sudah-sudahlah Tok Nizar berlakon bak Hero Jawa tetapi sikap tak sedar diuntung. 

*Nizar akan bertanding untuk kawasan Parlimen akan datang#

PENING NIK AZIZ DENGAN MUZAKARAH



Sampai bila PAS nak berdolak-dalik untuk penyatuan Ummah. Jangan kerana gila dengan kuasa, buta tentang hukum Allah. Selalu mengata UMNO bukan parti Islam@kafir tetapi parti sendiri tidak tertegak agama Allah. Dengan pilihanraya yang adil lagi bersih, PR berjaya menjajah 4 buah negeri. Setiap negeri tersebut ada YB dari parti PAS, tapi malangnya agama Islam tidak tertegak bahkan lagi layu dan runtuh dengan aktiviti-aktiviti maksiat lagi menyesatkan. Dulu Parti Islam kini agenda yang dibawa Negara Berkebajikan? Berubah kerana tidak relevan atau berubah mengikut telunjuk DAP? BO ingin menyatakan, agama akan tertegak sekiranya bangsa bersatu, tetapi andai bangsa runtuh agama dan akidah lagi akan jatuh. Bersatulah saudaraku sebelum ia menjadi binasa kerana tangan-mu#

Friday 8 June 2012

DAP GERUN MELIHAT VIDEO INI



Ucapan Presiden UMNO :

"Sesungguhnya, amanah besar ini
tak boleh dipikul oleh seseorang.
Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah,
satu barisan yang tersusun rapi.

Bangkitlah semua!
Rapatkanlah barisan.

Marilah kita martabatkan warisan ini.

Yakinlah perjuangan kita adalah perjuangan yang haq.
Yang membawa obor harapan dan mampu meneroka masa depan
Walau apapun dugaan
Walau apapun rintangan

Bersama segunung harapan
Perjalanan ini kita teruskan!"


* Berderau darah BO dengan kata-kata ini : 
  • Kendati Tergantung Di Awan Langit, 
  • Telah Terlanjut Ku Bentangkan Layar, 
  • Walau Badai Datang Bergulung, 
  • Walau Berdentum Guruh Dilangit, 
  • Walau Bumi Berkeping Dua, 
Takkan Mungkin Ku Berpaling Arah#

BUKU JINGGA TEWAS






1MALAYSIA MILIK KITA

  • Kearah mengukuhkan perpaduan kebangsaan
  • Meraikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan
  • Berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
  • Berasaskan prinsip Malaysia milik semua
  • Prinsip Kesederhanaan dan Keadilan Sosial asas Ketahan Nasional
  • Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
  • Bantuan RM500 untuk setiap isi rumah berpendapatan kurang RM3000
  • Memberi manfaat kepada hampir 5.2 juta isi rumah
  • Peruntukkan keseluruhan berjumlah RM2.6 billion
  • Sejumlah RM1.92 million telah diserahkan kepada 3.8 juta penerima

SKIM PENYELARASAN HARGA
  • Penyediaan dana RM200 juta kos pengangkutan membawa barangan luar bandar
  • Membabitkan 485 kawasan di Sarawak dan 460 kawasan luar bandar di Sabah
  • Bakal membabitkan hampir 920 kawasan luar bandar dan pedalaman
  • Memastikan bekalan barangan keperluan konsisten dan cekap

BANTUAN PELAJAR RM100
  • Bantuan RM100 memberi manfaat kepada 5.3 juta pelajar
  • Peruntukkan keseluruhan hampir RM550 juta
  • Untuk semua murid dan pelajar daripada tahun 1 hingga tingkatan 6

BAUCAR BUKU RM200
  • Baucar RM200 diserahkan kepada 1.4 juta pelajar
  • Peruntukkan keseluruhan berjumlah RM263 juta
  • Khusus untuk pembelian bahan bacaan dan alat tulis

KLINIK RAKYAT 1MALAYSIA
  • 50 klinik dibuka dengan kos RM10 juta
  • Bayaran perkhidmatan hanya RM1
  • Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA
  • 18 kedai setakat ini, penambahan 22 lagi sebelum hujung tahun
  • 250 produk 1Malaysia
  • Pinjaman 105 peratus ditawarkan, termasuk insurans dan yuran guaman

PROGRAM KEBAJIKAN RAKYAT 1MALAYSIA (KARISMA)
  • 500,000 penerima (RM100 hingga RM450 setiap penerima)
  • Peruntukkan keseluruhan hampir RM1.4 billion
  • Membabitkan kumpulan orang kurang upaya, kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas, balu anggota Polis dan tentera

SARA 1MALAYSIA (SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA)
  • Unit saham bernilai RM500 juta memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah
  • Pinjaman pelaburan berjumlah RM5,000 dengan jamina dividen bulanan RM134
  • Bayaran bulanan sebanyak RM84 sahaja

PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA)
  • 42,000 rumah di 20 kawasan strategik lembah Klang dan Seremban
  • Terbuka untuk pembeli rumah pertama berpendapatan kurang RM6k sebulan
  • Keluasan rumah antara 800 hingga 1,400 kaki persegi

TRANSFORMASI KEDAI RUNCIT (TUKAR)
  • 411 kedai mengalami transformasi sepanjang tahun 2011
  • Setiap pengusaha diberikan antara RM20,000 ke RM60,000

ANJUNG SINGGAH (RUMAH TUMPANGAN KUMPULAN MISKIN BANDAR)
  • Menyediakan perlindungan, makanan, kaunseling dan rujukan perkerjaan untuk kumpulan tidak bernasib baik di bandar
  • Pusat sudah beroperasi di Kuala Lumpur dan Kuching
  • Memberikan khidmat kebajikan kepada hampir 300 gelandangan di Kuala Lumpur

MENU RAKYAT 1MALAYSIA
  • Sarapan pagi dengan RM2, makan tengah hari dengan kos RM4
  • 1,314 kedai makan di seluruh negara, bakal ditingkatkan kepada 3,000 menjelang hujung tahun
  • Disediakan di 76 kafeteria di pusat pengajian tinggi

AGENDA KETERBUKAAN DAN TRANSFORMASI
  • Pengenalan Akta Perhimpunan Aman
  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
  • Memansuhkan Ordinan Darurat
  • Pemansuhan dan penilaian semula undang-undang lama
  • Kajian semula Akta Universiti dan Kolej Universiti
  • Memupuk rasa tanggungjawab melalui dasar media yang lebih terbuka

*Begitu banyak TRANSFORMASI yang dibuat oleh kerajaan telah memberikan impak yang amat positif kepada rakyat berbanding REFORMASIN yang sehingga sekarang tidak menampakkan sebarang hala tuju melainkan pemimpin REFORMASIN tersebut yang semakin ke depan perutnya#

TERIMA KASIH DS KHALED NORDIN


Terkini, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS. "Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut. "Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.
Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel. Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.



*Beruntung kalian semua kerana mempunyai pemimpin seperti DS Khaled Nordin yang telah campur tangan dalam soal ini demi masa depan pelajar UNisel dan KUIS. Kepada PR khususnya Anuwar dan Rafizi jangan berjanji seperti esok menjadi Perdana Menteri andai tanah negeri mahu dijual beli#

ZALIM KERAJAAN BN KEPADA KELANTAN

Nasib kerajaan Malaysia tidak berubah, sering dikejam dan sering dicerca. Tapi nak buat macam bak kata pepatah Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Ditepi Pantai. Walaubagaimanapun, BO tabik spring pada pemimpin kita dah 54 tahun merdeka baru 6 Perdana Menteri. Negara lain kiralah sendiri. Sebelum ini sebilangan Rakyat Kelantan (Orang PAS) acap kali tuduh UMNO/BN zalim kerana tidak membantu kerajaan negeri, tidak salur wang untuk pembangunan negeri dan lain-lain. Tapi bila BO dapat data ini, pasti orang-orang PR panas punggung dan sakit mata. Macam tak percaya. Hakikatnya, percayalah. Inilah realiti yang kerajaan buat selama ini. Banyak yang dibuat tapi lagi banyak yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu. Setiap tahun pemberian ditambah dan jumlahnya mencecah hampir RM428juta.


*BO agak curiga, pemberian hampir RM428juta tapi longkang tersumbat, air tak cukup, jalan raya berlubang-lubang dan banyak lagi. Ke mana agaknya duit tersebut? Untuk ceramah ke? Untuk demonstrasi ke? BO serahkan kepada kalian untuk mencari jawapan. Apa pun, bersyukur dengan nikmat yang ada di Malaysia hari ini#