Friday, 8 June 2012

TERIMA KASIH DS KHALED NORDIN


Terkini, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS. "Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut. "Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.
Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel. Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.



*Beruntung kalian semua kerana mempunyai pemimpin seperti DS Khaled Nordin yang telah campur tangan dalam soal ini demi masa depan pelajar UNisel dan KUIS. Kepada PR khususnya Anuwar dan Rafizi jangan berjanji seperti esok menjadi Perdana Menteri andai tanah negeri mahu dijual beli#

No comments:

Post a Comment