Friday, 8 June 2012

ZALIM KERAJAAN BN KEPADA KELANTAN

Nasib kerajaan Malaysia tidak berubah, sering dikejam dan sering dicerca. Tapi nak buat macam bak kata pepatah Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Ditepi Pantai. Walaubagaimanapun, BO tabik spring pada pemimpin kita dah 54 tahun merdeka baru 6 Perdana Menteri. Negara lain kiralah sendiri. Sebelum ini sebilangan Rakyat Kelantan (Orang PAS) acap kali tuduh UMNO/BN zalim kerana tidak membantu kerajaan negeri, tidak salur wang untuk pembangunan negeri dan lain-lain. Tapi bila BO dapat data ini, pasti orang-orang PR panas punggung dan sakit mata. Macam tak percaya. Hakikatnya, percayalah. Inilah realiti yang kerajaan buat selama ini. Banyak yang dibuat tapi lagi banyak yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu. Setiap tahun pemberian ditambah dan jumlahnya mencecah hampir RM428juta.


*BO agak curiga, pemberian hampir RM428juta tapi longkang tersumbat, air tak cukup, jalan raya berlubang-lubang dan banyak lagi. Ke mana agaknya duit tersebut? Untuk ceramah ke? Untuk demonstrasi ke? BO serahkan kepada kalian untuk mencari jawapan. Apa pun, bersyukur dengan nikmat yang ada di Malaysia hari ini#

No comments:

Post a Comment