Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat
dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0, yang memutuskan untuk menarik diri
daripada menganggotai panel tersebut ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan
Sri Steve Shim, dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk
Mohammad Medan Abdullah.Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar, semalam berkata, Shim menarik diri
atas sebab-sebab kesihatan manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas
semasa.
Kerajaan seharusnya meneliti dengan
terperinci sebelum melantik mana-mana individu untuk menyertai panel
tersebut. Pendapat BO Kerajaan perlu bertanya dengan lebih lanjut sebelum melantik mereka. Kalau
tidak nanti jadi macam ini, keluar macam-macam alasan. Haniff semalam berkata, “kerajaan akan menentukan pengganti kedua-dua mereka
ini dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun ia masih lagi belum diputuskan
siapa yang akan dilantik untuk menyertai panel bebas ini.”
Pembentukan panel itu diumumkan oleh kerajaan awal bulan lalu.Selain Shim dan Medan, panel tersebut turut dianggotai oleh Haniff selaku
pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub,
Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan dan ahli
psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan pelantikan Haniff sebagai
pengerusi panel tersebut.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
berkata, panel itu akan diberi kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal
tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.\
Persoalan yang bermain di fikiran BO, kerelevenan kewujudan Panel Penasihat Bebas ini yang bertujuan untuk mengkaji Perhimpunan Bersih 3.0. Adakah untuk mencari mekanisme yang terbaik bagi mematikan langkah kaki pendemo di luar sana atau sekadar blue-print sebelum menghadapi PRU 13?
No comments:
Post a Comment