Thursday, 7 June 2012

PTPTN BERKOCAK LAGI

Kuala Lumpur - Hari ini Malaysia digemparkan lagi dengan isu PTPTN. Pihak PTPTN telah membuat keputusan untuk memansuhkan buat sementara waktu pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar baru Unisel ambilan April tahun ini. Ternyata ia memberi tamparan yang hebat kepada PR untuk merencanakan idea bagi memastikan pendidikan percuma yang dicanang ke seluruh Malaysia menjadi realiti. Namun, apa yang didapati sehingga satu hari ini (7 Jun) masih belum ada sebarang komentar dari Perancang Ekonomi S'gor. Dimanakah ia berada sekarang? Yang lebih ke depan 'anak' kesayangan beliau Rafizi Ramli yang begitu beria-ia supaya DS Khaled Nordin (Menteri KPT) meletakkan jawatan kerana tindakan drastik dari PTPTN tersebut. Hal ini sekaligus menjadi cabaran kepada PR untuk membuktikan apa yang dijanjikan menjadi realiti. Salah satu yang dijanji adalah pemberian RM5000.00 kepada pelajar setiap tahun. Oleh itu, dengan kebijaksanan pemimpin negara, peluang ini diberikan kepada PR. Sama ada mampu atau tidak untuk menanggungnya terserah pada MB S'gor? 

          Daripada temuramah yang dibuat kepada beberapa rakan mahasiswa, mereka beranggapan andai betul PR tidak mampu, langkah yang lebih murni adalah dengan menghapuskan yuran pengajian di Unisel, maka pendidikan percuma yang dicanang oleh PR akan terlaksana. Di samping itu, ramai pihak yang mengatakan isu ini perlu ditangani dengan baik bagi memastikan mahasiswa tidak menjadi mangsa keadaan dalam isu politik ini. Tapi apa yang lebih malang, ada sebilang mahasiswa kini tidak lagi menghargai dan bersyukur dengan apa yang diperoleh pada hari ini. Bayangkan, 80% subsidi kerajaan diberikan kepada semua penuntut IPTA, ditambah pula dengan biasiswa yang diberikan baik yang belajar di tempatan mahu pun luar negara, yang terbaru dengan mendapat Kelas Pertama secara automatik pinjaman PTPTN akan terhapus dan lagi menarik pelajar yang akan berpraktikum akan diberikan pinjaman kewangan oleh PTPTN bagi mengurangkan bebanan kewangan. Tidak ada negara sehebat Malaysia walaupun masih lagi dikategorikan sebagai negara membangun.

          Untuk mahasiswa, daripada menuntut yang tidak pasti dan membuta tuli lebih baik memperkasakan ilmu dan diri untuk mencapai apa yang ada di depan mata. Kepada Kerajaan S'gor, rakyat akan menanti bermula saat ini mekanisme yang akan memyelesaikan pendidikan percuma. Tapi kena ingat, kerajaan persekutuan lebih awal laksanakan pendidikan percuma di tahap rendah dan menengah~

No comments:

Post a Comment