Thursday, 7 June 2012

MELAYU SEMAKIN BERPECAH

Tindakan seorang ahli politik yang baru-baru ini keluar dari UMNO untuk menubuhkan sebuah lagi kapal bagi merentas lautan bergelora menimbulkan pelbagai persepsi dan pendapat dari ramai masyarakat di Malaysia. Yang pertama : Tindakan tersebut sebenarnya memecah-belahkan lagi institusi kumpulan sosial Melayu di Malaysia ini walaupun diakui telah pun berpecah bukan dua tapi tiga, empat dan seterusnya. Yang kedua, tindakan individu ini sebenarnya seperti ingin mengambil peluang untuk menaikkan nama beliau secara tidak langsung bertanding dalam PRU akan datang, sama ada atas tiket IKATAN (parti baru), PKR, dan mungkin DAP. Seterusnya, ia menggambarkan seperti hamba Allah ini ingin keluar dari kepompong UMNO yang akan memberi peluang kepada muka baru untuk bertanding pada PRU 13. Walaupun diakui beliau ini memegang jawatan penting baik dalam jabatan kerajaan mahupun parti UMNO tapi kerana kegilaan dalam jawatan menjadi faktor kepada penubuhan kapal baru ini yang diberi nama IKATAN. Kepada pembaca BO sarankan andai anda ingin menonton perasmian IKATAN boleh mengambil kad jemputan seperti di bawah.



p/s : Perasmian di Hotel Mewah tuuuu. Banyak duit. Majulah perut ke hadapan~

PKR Jr.- KHALID ISMATH ULAM RAJA DIKENA TINDAKAN OLEH UiTM

Selepas Adam Kayu dikenakan tindakan tatatertib dengan digantung pengajian selama 3 semester kini giliran rakan semangkuknya Khalid Ismath Ulam Raja pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti. Kedua-duanya mempunyai spesis dan tebiat yang sama iaitu mempunyai salah laku yang tidak bermoral dan sangat soooosial kononya untuk kepentingan mahasiswa (sebenarnya untuk perut sendiri). Sebentar tadi segerombalan penyamun-penyamun yang merupakan pengikut tegar mereka berdua telah mengadakan satu kekacauan di sekitar UiTM semata-mata sebagai tanda sokongan kepada selebriti kegilaan mereka. Lebih malang lagi, penyamun-penyamun tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.  
          Mereka-mereka ini jugalah yang mendesak dan memekik di sana sini supaya PTPTN dimansuhkan dan digantikan pendidikan percuma. Akhirnya, impian mereka semakin tercapai apabila Universiti Rakyat yang diasaskan oleh Mentor mereka Fahmi Reza bersedia untuk menerima mereka sebagai pelajar baru. Akhir kata, majulah perut ke hadapan.



PESANAN CRAIG BELLAMY (LIVERPOOL) : BOA SORTE NAZMI FAIZ (BEIRA-MAR)

PENARIKAN DUA AHLI BERSIH


Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0, yang memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai panel tersebut ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim, dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah.Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar, semalam berkata, Shim menarik diri atas sebab-sebab kesihatan manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas semasa.
          Kerajaan seharusnya meneliti dengan terperinci sebelum melantik mana-mana individu untuk menyertai panel tersebut. Pendapat BO Kerajaan perlu bertanya dengan lebih lanjut sebelum melantik mereka. Kalau tidak nanti jadi macam ini, keluar macam-macam alasan. Haniff semalam berkata, “kerajaan akan menentukan pengganti kedua-dua mereka ini dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun ia masih lagi belum diputuskan siapa yang akan dilantik untuk menyertai panel bebas ini.”
          Pembentukan panel itu diumumkan oleh kerajaan awal bulan lalu.Selain Shim dan Medan, panel tersebut turut dianggotai oleh Haniff selaku pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub,  Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan dan ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan pelantikan Haniff sebagai pengerusi panel tersebut.Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel itu akan diberi kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.\
          Persoalan yang bermain di fikiran BO, kerelevenan kewujudan Panel Penasihat Bebas ini yang bertujuan untuk mengkaji Perhimpunan Bersih 3.0. Adakah untuk mencari mekanisme yang terbaik bagi mematikan langkah kaki pendemo di luar sana atau sekadar blue-print sebelum menghadapi PRU 13?

PTPTN BERKOCAK LAGI

Kuala Lumpur - Hari ini Malaysia digemparkan lagi dengan isu PTPTN. Pihak PTPTN telah membuat keputusan untuk memansuhkan buat sementara waktu pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar baru Unisel ambilan April tahun ini. Ternyata ia memberi tamparan yang hebat kepada PR untuk merencanakan idea bagi memastikan pendidikan percuma yang dicanang ke seluruh Malaysia menjadi realiti. Namun, apa yang didapati sehingga satu hari ini (7 Jun) masih belum ada sebarang komentar dari Perancang Ekonomi S'gor. Dimanakah ia berada sekarang? Yang lebih ke depan 'anak' kesayangan beliau Rafizi Ramli yang begitu beria-ia supaya DS Khaled Nordin (Menteri KPT) meletakkan jawatan kerana tindakan drastik dari PTPTN tersebut. Hal ini sekaligus menjadi cabaran kepada PR untuk membuktikan apa yang dijanjikan menjadi realiti. Salah satu yang dijanji adalah pemberian RM5000.00 kepada pelajar setiap tahun. Oleh itu, dengan kebijaksanan pemimpin negara, peluang ini diberikan kepada PR. Sama ada mampu atau tidak untuk menanggungnya terserah pada MB S'gor? 

          Daripada temuramah yang dibuat kepada beberapa rakan mahasiswa, mereka beranggapan andai betul PR tidak mampu, langkah yang lebih murni adalah dengan menghapuskan yuran pengajian di Unisel, maka pendidikan percuma yang dicanang oleh PR akan terlaksana. Di samping itu, ramai pihak yang mengatakan isu ini perlu ditangani dengan baik bagi memastikan mahasiswa tidak menjadi mangsa keadaan dalam isu politik ini. Tapi apa yang lebih malang, ada sebilang mahasiswa kini tidak lagi menghargai dan bersyukur dengan apa yang diperoleh pada hari ini. Bayangkan, 80% subsidi kerajaan diberikan kepada semua penuntut IPTA, ditambah pula dengan biasiswa yang diberikan baik yang belajar di tempatan mahu pun luar negara, yang terbaru dengan mendapat Kelas Pertama secara automatik pinjaman PTPTN akan terhapus dan lagi menarik pelajar yang akan berpraktikum akan diberikan pinjaman kewangan oleh PTPTN bagi mengurangkan bebanan kewangan. Tidak ada negara sehebat Malaysia walaupun masih lagi dikategorikan sebagai negara membangun.

          Untuk mahasiswa, daripada menuntut yang tidak pasti dan membuta tuli lebih baik memperkasakan ilmu dan diri untuk mencapai apa yang ada di depan mata. Kepada Kerajaan S'gor, rakyat akan menanti bermula saat ini mekanisme yang akan memyelesaikan pendidikan percuma. Tapi kena ingat, kerajaan persekutuan lebih awal laksanakan pendidikan percuma di tahap rendah dan menengah~